Assalamulaikum dan hi semua. Saya
ingin berkongsi perasaan saya bagi kelas basic helping pertama saya. Pada hari
tersebut saya rasa saya yang terawal sampai di kelas tetapi sangkaan itu
meleset sama sekali. Dalam kelas tersebut ada beberapa orang dah sampai lagi
awal dari saya. Mungkin mereka juga gemuruh sama seperti apa yang saya rasa. Pagi
itu kami sampai kira-kira setengah jam awal ke kelas. Kami tak becakap banyak
sebab kami tidak mengenali antara satu sama lain lagi. Saya hanya mengenali
beberapa orang sahaja kerana mereka merupakan rakan saya semasa satu
matrikulasi dulu.
Masa menunggu kedatangan
pensyarah, saya berfikir ‘bagaimanakah penyarah itu nanti?’. ‘Adakah beliau
seorang yang tegas? Ataupun garang?’. Banyak perkara yang bermain di minda saya
semasa menanti kedatangan Beliau. Apabila masa telah tiba, kelas sudah pun
ramai dengan pelajar yang memilih kelas beliau. Beliau pun telah pun tiba. Saya
agak gemuruh juga pada masa tu tetapi apabila saya nampak beliau, beliau amat
baik dan saya sangat menyukai kelas beliau.
Pada kelas pertama, seperti biasa
yang akan dilakukan adalah sesi perkenalkan diri. Pada ketika itu kami baru sahaja dua minggu
mendaftar di UNIMAS jadi ramai orang baru dan pelbagai bangsa yang baru yang
kami ketahui. Setelah selesai sesi perkenalkan diri kami memulakan sesi
pembelajaran iaitu pengenalan bagi apa itu basic helping. Apa yang kami perlu
tahu sebagai seorang ‘helper’. Kami juga perlu tahu apa itu sesi pertolongan. Sesi
pembelajaran pada hari itu berjalan sangat baik kerana terdapat beberapa orang
yang memberi tindk balas yang baik apabila ditanya soalan.
Bagi saya, setiap orang tahu apa
itu ‘helping’ tetapi sebagai seorang kaunselor terlatih yang baru banyak
perkara yang perlu dipelajari dan difahami mengenai teknik-teknik dan skill
yang lebih efektif bagi seseorang kaunselor. Itu sahaja dari saya. Saya berharap
saya dapat mengasah teknik-teknik tersebut dalam mempelajari bidang ini. Terima
kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang sangat proaktif dalam memberi
pertolongan tidak kisah dalam keadaan sedar atau tidak,
NUREMAH LIAS
62129
haii emma.. mesti orang yang kamu kenal itu salah satunya adalah saya kan.. hehe, btw nice sharing maa. keep it up and all the best!
ReplyDeleteAruna (60323)
Hello, emma....nice sharing
ReplyDeleteTEO YII JING
(62774)
HII EMA,, MASA ITU SEMUA ORANG MASIH TIDAK KENAL SAMA SATU SAMA LAIN. TAPI MASA ITU, SAYA TENGOK ORANG SABAH SANGAT FRIENDLY AND MUDAH BERGAUL KALAU BERABNDING DENGAN NEGERI LAIN. NICE TOO MEET YOU.. NICE SHARING...
ReplyDeleteJOSEPH LEE
-61056-
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete