Hai kawan-kawan, hari ini saya mahu berkongsi mengenai pengalaman saya semasa hari pertama berada di UNIMAS dan disepanjang minggu MAP. Saya telah menerima tawaran dalam program kaunseling selama 4 tahun di UNIMAS. Pada mulanya, saya rasa bersyukur juga kerana tidak menyambung pelajaran di tempat jauh. Walaupun jarak dari Miri ke Kuching agak jauh namun saya rasa bersyukur kerana masih berada di dalam negeri kelahiran sendiri. Pada 4 September 2017, saya telah mendaftarkan diri di UNIMAS. Saya telah di sambut baik oleh abang-abang dan kakak-kakak LO yang menanti di International Airport Kuching. Pada masa itu, saya hanya datang bersama kawan-kawan dan tiada seorang ahli keluarga pun yang menghantar saya. Saya amat berterima kasih kepada pihak UNIMAS pada masa itu kerana menyediakan pengangkutan bas dan sudi membantu membawa bagasi dan beg yang banyak. Saya rasa, jika tiada bantuan pada masa itu sudah pasti saya perlu bersusah payah mengangkut beg yang berat ke kolej kediaman. Saya berjaya mendaftarkan diri di Kolej Bunga Raya. Saya berasa sungguh letih pada hari tersebut kerana hanya seorang diri untuk mengurus segala keperluan. Namun, saya berasa puas ati dan gembira kerana tiada sebarang halangan atau masalah yang berlaku. Pada keesokan harinya pendaftaran pelajar masih dijalankan dan pada petang tersebut minggu MAP pun bermula. Apa yang saya ingin kongsikan adalah pengalaman yang masih saya ingat sepanjang minggu MAP. Pengalaman yang paling meletihkan adalah apabila kami perlu berjalan kaki dari BRC pergi ke DeTAR Putra dengan berjalan kaki. Mengikut kiraan saya lebih kurang mengambil masa sebanyak 30 minit untuk sampai disana. Sudahlah terpaksa berjalan kaki selama seminggu MAP dijalankan. Saya berasa sangat letih. Selain itu, kami telah menerima banyak input dan maklumat melalui slot-slot yang disediakan sepanjang minggu MAP dan masa juga diisi dengan refreshment dan LDK. Bukan itu sahaja, kami disemangatkan dengan sorakan-sorakan mengikut kolej kediaman masing-masing. Suasana yang amat riuh dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar yang membuat sorakan. Semua kolej bersikap tidak mahu kalah dan masing-masing bersaing untuk menjadi kolej dengan sorakan yang terbaik. Walaupun berasa letih pada setiap hari dan terpaksa tidur 3-4 jam sahaja sehari namun kami semua telah memperoleh satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang berada di UNIMAS baik pun di alam perkerjaan nanti. Kenangan pada masa minggu MAP yang tidak dapat dilupakan dengan pelbagai suka duka perkara yang berlaku. Demikian sahaja, serba sedikit pengalaman saya semasa hari pertama di UNIMAS dan sepanjang minggu MAP.Sekarang, saya rasa telah sepenuhnya menyesuaikan diri di UNIMAS.
Martha Joseph,
61379
YAYAYYAYA,,, WAKTU MAP ITU MEMANG PENAT DAN TAK CUKUP TIDUR.. DAH LAH NEXT DAY LALU MASUK KELAS.. WAKTU SEMINGGU ITU,, MEMANG NAK NANGIS JERR...
ReplyDeleteJOSEPH LEE
-61056-
TAMBAHAN-->>>> SAYA MUDAH INGAT AWAK SEBAB NAMA BAPA AWAK SAMA DENGAN NAMA SAYA .. AHHAHAHAHAHHA.. NICE TO MEET U MY DAUGHTER.... HSHAHHAHAHAHA
DeleteJOSEPH LEE
-61056-
HELLO....UNFORGETTABLE MEMORIES FOR OUR MAP.......ESPECIALLY -KATAK-
ReplyDeleteKEEP GOING AND SUCCESS IN YOUR STUDY LIFE....
TEO YII JING
(62774)