Monday, 30 October 2017

PENGALAMAN HARI PERTAMA KELAS BASIC HELPING SKILLS


PENGALAMAN HARI PERTAMA KELAS BASIC HELPING SKILLS

Hai semuanya dan salam perkenalan 😄😄. Banyak pengalaman yang saya peroleh dari hari pertama kelas Basic Helping skill sampailah ke hari ini. Pada hari pertama kelas basic helping skills lagi saya berasa sangat gementar kerana saya sesat mencari kelas. Saya bingung mencari mana Bilik Tutorial 1 sampailah saya terjumpa kakak senior yang tolong tunjuk arah kelas itu. Sampai saja ke kelas, saya masih lagi berasa gementar sebab saya belum tahu lagi siapa lecturer yang akan mengajar kelas itu. Banyak yang saya fikir dalam kepala otak saya. Sebaik sahaja Dr. Fa masuk ke kelas, saya berasa lega kerana sebaik saja beliau masuk ke dalam kelas, beliau terus senyum. Rupa-rupanya beliau seorang yang peramah dan sporting. Kemudian kami diminta untuk memperkenalkan diri dan kelebihan diri masing-masing. Kelas basic helping skills ini telah mengajar saya banyak benda iaitu menolong dan ditolong. Sejujurnya saya seorang yang tidak suka menolong orang melainkan orang itu betul-betul terdesak meminta pertolongan. Namun, selepas saya belajar proses menolong dan ditolong serta apa kebaikkan yang kita dapat selepas menolong orang, saya mula menjadi seorang yang suka menolong orang walaupun pertolongan itu tidaklah sebesar mana pun. Apa yang penting ialah perasaan gembira yang saya dapat selepas menolong itu. Kemudian saya mula mempratikkannya dalam kehidupan seharian saya. Selain itu, saya juga telah mempelajari macam mana saya hendak mengawal tahap kemarahan saya kerana sebelum ini saya seorang yang kuat melenting. Namun setelah saya masuk kelas basic helping skills ini, ia mengubah cara saya berfikir dan juga bagaimana saya mengawal kelakuan saya. Last but not least, I am Proud to be one of the counselling student. 😀😀.

Anastasia Esmerillda Anak Modun                                                                  (60272)                     

1 comment:

  1. "Apa yang penting ialah perasaan gembira yang saya dapat selepas menolong itu." saya setuju Anas..

    -Nur Ashikin Binti Mohd Radzi Asmara-
    -61934-

    ReplyDelete