Monday, 13 November 2017

Ceritaku di kelas BHS =)

    Hai semua! Hari ni saya mau share pengalaman saya sepanjang kelas Basic Helping Skills. Mula-mula sebelum kelas saya tertanya-tanyalah. Apa yg saya akan belajar nanti?, tentang cara-cara menolong orang kah?. Saya rasa begitulah masa tu. Kemudian pada hari pertama kelas, Dr Fa pun masuk kelas dan kami masing-masing pun memperkenalkan diri dan menyatakan kelebihan dan kelemahan pada diri. Saya pun rasa sungguh bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari tersebut. Topik pertama yang kami pelajari adalah effective helper. Dari topik inilah saya dapat tahu dan faham mengenai perbezaan antara professional helper, para professional dan non professional helper. Selain itu, tahu mengenai therapeutic enviroment and relationship. Banyak perkara baru dan cara-cara untuk membantu orang lain yang telah saya pelajari. Terutamanya selepas kami menyiapkan tugasan helping session video. Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut, saya telah mempratikkan cara-cara yang betul dalam membantu orang lain dari segi perbualan. Contohnya, rephrase,reflection, chunking dan banyak lagilah. Hubungan saling berkerjasama antara ahli kumpulan juga amat baik. Bukan itu sahaja, tugasan individu yang telah dibagi juga amat membantu saya untuk mengenali diri dengan lebih baik. Saya menjadi lebih bijak dalam menguruskan sikap yang kurang baik dan ianya semakin mudah untuk diatasi. Tugasan individu tersebut juga telah mengajar saya tentang kita boleh melakukan pelbagai perkara baik. Walaupun kecil atau tidak kita sedari pun ada kalanya. Saya amat suka mempelajari subjek ini walaupun kadang kala mengantuk semasa dalam kelas. Bukanlah disebabkan bosan, tetapi disebabkan tidur lewat pada waktu malam. Tapi, sepanjang kelas basic helping skills ini saya rasa gembira duduk sekelas bersama rakan sekelas yang baik dan saya paling suka apabila Dr Fa berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi seorang kaunselor. Akhir kata dari saya, semoga saya dan rakan-rakan semua dapat lulus cemerlang dalam subjek ini malah untuk subjek yang lain juga. Terima kasih kerana sudi membaca. Have a nice day!


Martha Joseph, (61379)



Tak kenal maka tak cinta

 Pada minggu pembahagiaan kumpulan dalam kalangan kami,aku sungguh gelisah kerana tidak tahu hendak berkumpulan dengan siapa.Persoalan tersebut 24 jam terngiang-ngiang di fikiranku kerana aku memang khuatir takut-takut tiada yang sudi satu kumpulan denganku.Aku seorang sukar untuk mendapatkan kenalan baru akibat aku malu untuk bersapa dengan mana-mana individu di dalam kelas tersebut.Aku cuba memberanikan diri untuk menegur salah seorang daripada raka-rakan sekelasku.Akhirnya,dia sudi menerima sapaan aku tersebut dan aku sedikit lega kerana keberanianku untuk berbicara itu.Perkara yang aku tidak suka terhadap diriku sendiri adalah gemar untuk melihat dan menghakimi tanpa mengenali siapa sebenarnya insan yang dimaksudkan itu.Aku cuba untuk membuang dan memotivasikan diri agar lebih bersikap terbuka terhadap orang lain.Pada saat itu juga,aku lebih positif dan berjaya mengadaptasikan diri di Universiti Malaysia Sarawak ini dengan menerima dan tidak menilai seseorang lain tanpa berfikiran rasional sepertimana program yang aku ambil di sini yakni Kaunseling.
Pada hari tersebut juga,kami telah mendaftar sendiri kumpulan untuk Basic Helping Skills.Aku pada mula agak ragu-ragu terhadap ahli kumpulanku sendiri.Hal ini, masih tersisa sifatku yang kurang yakin dan  percaya terhadap kebolehan individu lain.Aku beristighfar dalam hati agar perasaan itu tidak menghantui pemikiran kolot ini.Sebaik sahaja kumpulan tersebut ditubuhkan,aku terus mewujudkan kumpulan di media sosial dengan menggunakan aplikasi yakni “Whatsapp”.Aku juga berharap agar ahli kumpulan aku pada saat itu memberi kerjasama yang padu tanpa beribu alasan yang tidak munasabah.Tambahan juga,hari Selasa ahli kumpulanku tidak terlalu sibuk dan dikesempatan itu aku mengambil inisiatif untuk berjumpa seketika dan mengenali antara kami secara pertemuan di Kantin Kolej Bunga Raya.Perjumpaan tersebut dilaksanakan pada sebelah petang dan ahli kumpulanku memang insan yang sayangkan masa yakni datang lebih awal sebelum waktu yang dijanjikan.Aku lebih yakin dan meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa kumpulan aku boleh ke pringkat yang tinggi dengan adanya komitmen tersebut.Kami membincangkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas tadi.Perbincangan tersebut dilemparkan seribu idea daripada ahli kumpulanku dan kami begitu fokus dalam memberi kerjasama kumpulan.Aku menyesal akan melihat perilaku serta perbuatan yang rajin dan kerjasama yang mantap telah dipamerkan ahli kumpulanku Aku berasa malu dan berjanji menghormati pandangan mereka serta menepiskan perasaan yang mementingkan diri sendiri aku.Memang kata pepatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.Oleh itu,janganlah kita menilai orang berdasarkan pandangan kita sendiri malah cubalah untuk kenal siapa diri mereka.Konklusinya,ahli kumpulanku adalah insan yang benar-benar mantap dan rajin dalam sesuatu perkara terutamanya dalam berkumpulan.Sekian.

Hanisah Bt Dahari,60890



Hari Pertama Masuk  Kuliah(Basic Helping Skills)


Pada hari pertama aku masuk ke kelas Basic Helping Skill pada pagi hari Selasa,aku berasa sedikit gemuruh kerana merupakan permulaan hidupku sebagai mahasiswi serta mendapat kenalan baru.Kelas pada hari tersebut pada pukul 9 pagi dan akibat daripada perasaan gemuruh tersebut aku bersiap-siap 30 minit awal ke kelas.Pengalaman aku turun ke kelas pertama pada hari kedua adalah sungguh mencabar kerana aku sedar pada saat dan detik itu telah melangkah ke alam baru yakni alam universiti dan semua sedia maklum bahawa kehidupan di universiti memang mencabar.Sesampai sahaja aku di dalam kelas iaitu di bilik tutorial satu,ada tiga orang yang sudah siap sedia duduk di dalam bilik tersebut.Langkah kaki ku semakin berat untuk masuk ke dalam bilik tersebut.Aku menoleh kiri dan kanan melihat sekeliling.Tanpa segan silu,aku menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bilik tutorial tersebut dan akhirnya aku berasa sedikit lega daripada perasaan gemuruh tersebut.Hampir dua minit aku berdiri di luar kerana mengambil masa untuk menenangkan diri.
Langkah kaki kananku disambut riang oleh tiga orang insan yang ada di dalam bilik tersebut.Aku semakin yakin untuk bangkit seolah-olah bunga layu yang disiram dengan air.Apa yang lucunya,sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tersebut saya sempat lagi keliru samada pintu bilik tersebut perlu ditarik atau ditolak.Hahaha.Aku masuk dan mengambil tempat.Aku sampai ke kelas pada hari berkenaan 8.32 pagi dan suasana kelas memang seperti suasana dikubur. Masuk dan duduk sahaja aku di dalam bilik tutorial tersebut aku tiba-tiba berasa rindu akan suasana sekolah lama iaitu Matrikulasi Sarawak.Aku juga berasa rindu akan senda gurau rakan dahulu akibat daripada suasana yang agak suram pada waktu itu.Jam menghampiri 9 pagi.Semakin banyak yang datang ke kelas tersebut.Aku tidak menoleh ke arah sesiapapun kerana agak segan terhadap mereka lagi-lagi yang tidak pernah berjumpa.Tiba-tiba pensyarah masuk dan aku bersiap-siap untuk memulakan pembelajaran hari tersebut.Pensyarah tersebut memperkenalkan diri dan dia lebih riang dipanggil Dr Far.Dr.Far memberi arahan untuk membuat bulatan kerana dia lebih selesa mengajar dalam suasana dan susunan sebegitu.Aku masih tidak melihat sesiapa kerana aku kekok untuk berhadap dengan orang yang tidak dikenali.
Aku menangis dalam hati kerana ingin pulang ke rumah kerana perasaan yang amat malu berhadap dengan kenalan baru.Pada hari tersebut aku berfikir perlu bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk melanjutkan pelajaran lagi-lagi di peringkat yang lebih tinggi tetapi masih ada lagi yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar sana.Berbohonglah sekiranya aku tidak rindu terhadap ibu bapa dan aku berjanji kepada diriku untuk belajar bersungguh-sungguh lebih aku anak harapan yang jauh di mata buat orang tuaku.Itulah kisah aku sebagai pelajar di Unimas sebagai pelajar tahun  satu.

Hanisah Bt Dahari 60890

ASSIGNMENT BERKUMPULAN

Hai semua 🙋

Hari ini saya nak share satu pengalaman menyiapkan assignment berkumpulan bersama rakan-rakan saya yang lain iaitu Marsya dan Aliaa. Assignment ini dikehendaki membuat satu video berkaitan dengan Basic Helping Skills. So, saya dan ahli kumpulan yang lain telah membuat video berkaitan Aliaa menolong Marsya menyelesaikan masalah dia. Marsya mempunyai masalah dengan ibu dia dan teman lelakinya. Untuk lebih lanjut, kalian boleh melihat video itu di Youtube ya.

Pada malam sebelum hari presentation untuk video ini dan slide berkaitan video ini, kami bertungkus-lumus menyiapkan slide dan video ini di bawah Block B. Pada ketika itu, ada lagi sebuah kumpulan telah bersama-sama kami untuk menyiapkan assignment ini iaitu Kumpulan Zarul. Kami telah menghabiskan masa hingga pukul 3 pagi untuk menyiapkan assignment ini. Sesi mengedit video dan menyiapkan slide telah berjalan dengan gembiranya dan melalui aktiviti sebegini kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kumpulan. Ketika sesi menyiapkan assignment ini, Zarul telah membuka lagu bagi menghilangkan rasa bosan dan ngantuk. Terdapat pelbagai adegan lucu semasa kami menyiapkan kerja ini. Akibat terlalu stress, Zarul menyanyi dengan penuh perasaan sambil berbaring. Aliaa dan Marsya juga telah membawa makanan bagi menghilangkan rasa ngantuk dalam diri. Walaupun begitu, kami dapat menyiapkan video dan slide ini pada malam itu begitu juga dengan kumpulan Zarul. Pengajaran di sini kita hendaklah menggunakam masa sebaik mungkin agar jadual kita dapat berjalan dengan lancar dan kita janganlah membuat kerja last minute. Pesan ini untuk diri saya juga.

Sekian, terima kasih.

Fatin Najihah Binti Md Arif
63210





APA YANG PENTING KERJASAMA

Pada malam sebelum pembentangan slide dan trailer untuk kelas Basic Helping Skill, saya dan Lamin baru sahaja mahu membuatnya pada pukul lebih kurang lapan malam. Ini disebabkan kerana saya yang balik ke semenanjung pada cuti semester dan Lamin yang tidak pulang semenanjung menyebabkan kami tiada masa untuk berbincang mengenai video yang hendak kami lakukan. Tambahan  pula semua tarikh penghantaran kerja untuk subjek lain amat dekat sehingga kami tidak terpikir adanya assignment Basic Helping Skill.
Pada malam tersebut, kami dikejutkan dengan pengunduran diri oleh salah seorang ahli kumpulan kami menyebabkan beban kami bertambah-tambah untuk menyiapkan tugas pada malam itu juga. Nasib baik sikap sporting dan sifat terbuka yang mudah menerima idea-idea merepek saya ketika perbincangan yang saya rasakan amat genting ketika itu. Alhamdulillah, berkat kesabaran Lamin dan saya kami dapat menyiapkan tugasan pada pagi tersebut dan pembentangan kami berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa halangan yang terjadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lamin yang banyak membantu dan menyumbangkan idea dalam tugasan video Basic Helping Skill.

Muhamad Marsyaidi Bin Murthadha
63407

ini yang kedua wiii

Assalamualaikum dan hai semua🌻

Untuk yang kedua ini saya hendak kongsi pengalaman menyiapkan assignment group pada minggu lepas.

Banyak ilmu yang saya dapat pelajari bahkan bukan saja ilmu basic skills. Contohnya, cara berfikir lebih kreatif untuk video basic skills. Selain itu, kerjasama di dalam kumpulan juga sangat penting untuk menyiapkan assignment pada tarikh yang telah ditetapkan. Saya juga sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yg baik untuk menolong kami menyiapkan assignment ini. Malah mereka sudi membantu kami berlakon untuk menjayakan video kami. Terima kasih kepada rakan sekelas kami 😊
Assignment ini juga mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih tersusun serta melakukan kerja dengan cepat dan cermat.Mengutamakan apa yang penting dan juga tidam penting.

Basic helping skills sangat penting dalam kehidupan seharian. Walaupun helping skills bukan lah satu proses profesional. Namun di dalam sesi kaunseling kita boleh menggunakan basic helping skills.

semoga kita semua berjaya 🌸

Anis natasha Binti Zulkifli
60294



The Eleventh Hour

Hai kawan-kawan,

Sekali lagi saya muncul di ruangan ini untuk menceritakan pengalaman yang baru sahaja berlaku pada minggu lepas. Seperti yang semua maklum, kita mempunyai tiga kertas peperiksaan dan beberapa tugasan yang telah diberikan untuk disiapkan dan dihantar pada minggu lepas. 'The Eleventh Hour, saya pasti rakan-rakan sering mendengar perkataaan ini atau lebih dikenali sebagai 'last minute'. Oleh kerana kerja yang 'overlap' dan tugasan video,saya lupa perbentangan yang akan dilakukan.Perbentangan ini melibatkan video pendek dan 'slide' perbentangan. Sejuta penghargaan diberikan kepada Joseph, kerana jika dia tidak bertanya pada Dr. Fa pada hari sebelumnya, mungkin banyak lagi kumpulan yang tidak bersedia untuk membuat perbentangan pada hari Selasa yang lepas.

Persediaan yang telah dilakukan pada malam sebelumnya amatlah merunsingkan sebab apa-apa perkara yang dilakukan pada saat-saat akhir boleh menyebabkan kecuaian dan kesalahan. Tetapi mujurlah ahli-ahli kumpulan saya berfikir dengan rasional. Semasa persediaan perbentangan dilakukan, kami sempat melihat keadaan kumpulan-kumpulan yang lain. Saya amat mengagumi kumpulan Mad dan Lamin kerana mereka berjaya melakukan video dan perbentangan dengan baik walaupun kekurangan ahli. Bilangan ahli tidak menunjukkan baik buruk hasil kumpulan kita, tetapi 'attitude' seseorang amatlah penting untuk melaksanakan kerja dengan baik dan hasil yang terbaik. Konklusinya, kita haruslah merancang awal semua tugasan dan peka terhadap setiap tugasan supaya tidak belakunya kes lupa dan kerja-kerja di saat akhir. Ini sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca. Maafkan saya jika Bahasa Melayu saya agak cacat. Bye!

Sekian,


Hurilain Hasya Binti Naser   63247