Tak kenal maka tak cinta
Pada minggu pembahagiaan kumpulan dalam kalangan kami,aku sungguh gelisah kerana tidak tahu hendak berkumpulan dengan siapa.Persoalan tersebut 24 jam terngiang-ngiang di fikiranku kerana aku memang khuatir takut-takut tiada yang sudi satu kumpulan denganku.Aku seorang sukar untuk mendapatkan kenalan baru akibat aku malu untuk bersapa dengan mana-mana individu di dalam kelas tersebut.Aku cuba memberanikan diri untuk menegur salah seorang daripada raka-rakan sekelasku.Akhirnya,dia sudi menerima sapaan aku tersebut dan aku sedikit lega kerana keberanianku untuk berbicara itu.Perkara yang aku tidak suka terhadap diriku sendiri adalah gemar untuk melihat dan menghakimi tanpa mengenali siapa sebenarnya insan yang dimaksudkan itu.Aku cuba untuk membuang dan memotivasikan diri agar lebih bersikap terbuka terhadap orang lain.Pada saat itu juga,aku lebih positif dan berjaya mengadaptasikan diri di Universiti Malaysia Sarawak ini dengan menerima dan tidak menilai seseorang lain tanpa berfikiran rasional sepertimana program yang aku ambil di sini yakni Kaunseling.
Pada hari tersebut juga,kami telah mendaftar sendiri kumpulan untuk Basic Helping Skills.Aku pada mula agak ragu-ragu terhadap ahli kumpulanku sendiri.Hal ini, masih tersisa sifatku yang kurang yakin dan percaya terhadap kebolehan individu lain.Aku beristighfar dalam hati agar perasaan itu tidak menghantui pemikiran kolot ini.Sebaik sahaja kumpulan tersebut ditubuhkan,aku terus mewujudkan kumpulan di media sosial dengan menggunakan aplikasi yakni “Whatsapp”.Aku juga berharap agar ahli kumpulan aku pada saat itu memberi kerjasama yang padu tanpa beribu alasan yang tidak munasabah.Tambahan juga,hari Selasa ahli kumpulanku tidak terlalu sibuk dan dikesempatan itu aku mengambil inisiatif untuk berjumpa seketika dan mengenali antara kami secara pertemuan di Kantin Kolej Bunga Raya.Perjumpaan tersebut dilaksanakan pada sebelah petang dan ahli kumpulanku memang insan yang sayangkan masa yakni datang lebih awal sebelum waktu yang dijanjikan.Aku lebih yakin dan meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa kumpulan aku boleh ke pringkat yang tinggi dengan adanya komitmen tersebut.Kami membincangkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas tadi.Perbincangan tersebut dilemparkan seribu idea daripada ahli kumpulanku dan kami begitu fokus dalam memberi kerjasama kumpulan.Aku menyesal akan melihat perilaku serta perbuatan yang rajin dan kerjasama yang mantap telah dipamerkan ahli kumpulanku Aku berasa malu dan berjanji menghormati pandangan mereka serta menepiskan perasaan yang mementingkan diri sendiri aku.Memang kata pepatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.Oleh itu,janganlah kita menilai orang berdasarkan pandangan kita sendiri malah cubalah untuk kenal siapa diri mereka.Konklusinya,ahli kumpulanku adalah insan yang benar-benar mantap dan rajin dalam sesuatu perkara terutamanya dalam berkumpulan.Sekian.
Hanisah Bt Dahari,60890
Wahh betul2. baguslah begitu nisah :D
ReplyDeleteMartha Joseph (61379)