ASSAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Pada kali ini saya ingin bercerita pula tentang pengalaman saya tentang tugasan berkumpulan yang diberikan oleh Dr. Fa kepada kami. Tugas ini mengarahkan kami melakukan video selamat 5 minit yang memaparkan skil dan teknik membantu yang kami pelajari ketika di dalam kelas. Sememangnya tugasan ini nampak mudah tapi sebenrnya ianya sangat rumit lebih-lebih lagi kalau buat “last minute”. Kami menyiapkan video ini hanya dalam satu malam dengan pelbagai masalah dan konflik yang perlu diselesaikan. Antara masalah yang besar yang kami hadapi ialah kekurangan ahli. Kumpulan kami sahaja yang terdiri daripada 2 orang ahli jadi kami sudahpun kekurangan kepakaran disitu. Saya dan Mad pun hanya berlakon dua orang dan kami sangat seronok sepanjang proses pembikinan video ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Marsyaidi kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik. Kemudian, keesokan harinya merupakan hari pembentangan dan kami sangat lega, gembira tak terkata serta sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami. Apa yang membuatkan kami bertambah gembira ialah video kami mendapat pujian daipada Dr. Fa. Terima kasih Dr. Fa!. Rakan-rakan yang lain juga turut berpuas hati dengan pembentangan video kami. Refleksi yang saya ingin lakukan disini ialah kita mestilah melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa. Antara pengajaran yang paling penting saya pelajari ialah kita harus bijak menguruskan masa dan elakkan menyiapkan tugasan di saat-saat akhir.
Amirulamin Bin Mat Yunus
63094
No comments:
Post a Comment