Tuesday, 7 November 2017

PENGALAMAN DALAM KELAS KMC1083 BASIC HELPING SKILLS

              Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para sahabat dan  pensyarah (Dr.Fatahyah Yahya) yang saya kasihi sekalian. Pada kesempatan ini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya  sepanjang berada di dalam kelas KMC1083 Basic Helping Skills. Hari pertama saya menghadiri kelas ini saya tercari – cari di mana terletaknya FSKPM, TR1. Sebaik sahaja saya masuk ke dalam kelas, terdapat ramai pelajar lain yang sudah sampai. Saya berasa segan untuk masuk kerana saya merasakan saya yang paling lewat masuk kelas pada masa itu. Beberapa minit kemudian, Dr. Fa masuk dan Dr. Fa memainkan sebuah video untuk memecahkan suasana yang sunyi. Selepas video itu dimainkan, kami diminta untuk duduk dalam bulatan. Sebaik sahaja kami selesai duduk, Dr. Fa meminta kami untuk menulis nama sendiri di atas satu kertas dan Dr. Fa menanyakan tentang kekuatan kami satu persatu.
             Pada masa inilah saya sedar saya tidak tahu akan kekuatan diri saya. Setiap bibit kata Dr. Fa memberikan semangat kepada saya untuk terus meningkatkan semangat dan keyakinan diri dalam setiap aspek. Pada hari pertama saya mengenali subjek ini, saya dapat merasakan saya akan meminati subjek ini. Ternyata apa yang saya rasakan itu memang benar - benar terjadi. Saya sangat meminati subjek ini dan saya juga jatuh cinta dengan pensyarah yang mengajar subjek ini( Dr.Fa). Saya sangat suka cara Dr.Fa menjelaskan dan mengajar isi – isi yang terdapat dalam subjek ini.
Pendek kata, selama lebih satu bulan saya mempelajari subjek ini terdapat banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Sebagai contoh, saya dapat mempelajari bagaimana teknik – teknik dalam menolong orang lain, teori- teori yang diaplikasikan dan sebagainya. Hal ini memberi kesedaran kepada betapa pentingnya mengetahui asas – asas menolong sebelum kita memberikan pertolongan kepada orang lain. Selain itu, saya juga dapat merasai pengalaman dalam membuat kerja kursus secara individu. Semasa saya membuat kerja kursus ini , saya berasa sangat gembira kerana diberikan kesempatan untuk menceritakan serba sedikit latar belakang dan pengalaman hidup saya. Saya juga gembira kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.
           Akhir kata, saya ingin mengatakan bahawa untuk menjadi seorang kaunselor yang professional dan bertauliah, kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui asas – asas dalam memberi pertolongan dan tahu teori- teori yang patut dipraktikkan dalam melakukan sesebuah sesi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Fa kerana memberi kesempatan untuk menulis sedikit pengalaman di dalam blog ini. Sekian terima kasih.



DAYANG NURHANANI BINTI ABANG ZULKIPLI-60621

No comments:

Post a Comment