Thursday, 16 November 2017

Aini's Journey


Assalamualaikum .

Hai. Nama saya Nurul Qurratuaini binti Suliman. Orang panggil saya Aini, Ain, Ratu, Qurratu dan Didi. Banyak bukan ? Hahaha. Setiap tempat yang saya pergi, pelbagai jenis nama panggilan yang saya dapat. Mungkin sebab nama saya yang agak sukar disebut oleh sesetengah kalangan individu (tapi saya rasa senang je). Senang lah sebab nama sendiri ! Hahaha. Okay, ini kisah hari pertama saya memasuki kelas Basic Helping Skills iaitu kelas ketiga selama saya berada di Universiti Malaysia Sarawak. Saya memulakan pagi dengan tiada apa apa perasaan (sebab mengantuk sangat). Selepas bersiap, saya terus bergerak ke kelas. Pada mulanya, saya mengalami masalah sesat hendak ke kelas. Hal ini kerana saya tidak tahu selok belok fakulti saya sendiri. Tambah menyedihkan, pada waktu itu saya tidak mempunyai kawan untuk pergi bersama. Saya cuba mencari kelas dengan melihat papan tanda yang ada, dan akhirnya saya berjaya menemui lokasi kelas saya walaupun tiba agak lewat. Sewaktu saya tiba, saya melihat semua rakan saya telah tiba dan saya juga melihat seorang pensyarah yang sedang tersenyum manis menyambut kehadiran kami semua. Tiba-tiba kami diarahkan untuk berdiri dan menari mengikut video kartun yang dipasang di hadapan. Kata pensyarah tersebut, buat exercise sikit supaya tak mengantuk ! Hahaha. Pensyarah yang sangat memahami.Nama pensyarah tersebut adalah Dr.Fatahyah, namun lebih mesra dipanggil Dr.Faa. First impression saya pada waktu tu, saya dapat merasakan bahawa subjek ini seronok untuk dipelajari di samping pensyarah yang sporting.Sebelumtu, sewaktu mula mendaftar untuk subjek ini, saya merasakan bahawa subjek ini tidak penting kerana terdapat perkataan ‘basic’. Namun, setelah masuk ke kelas dan mendengar taklimat daripada beberapa orang pensyarah, baru lah saya mengetahui bahawa subjek ini adalah salah satu subjek terpenting dalam bidang kaunseling. Pembelajaran diteruskan dengan duduk secara dalam bulatan kerana Dr.Faa lebih selesa dengan cara tersebut. Kami juga dikehendaki menulis nama di atas sehelai kertas dan membentukkannya dalam bentuk segi tiga. Kertas tersebut hendaklah diletakkan di atas meja supaya Dr.Faa dapat mengetahui nama kami dan cuba untuk mengingatinya. Haa nah ni first selfie pagi tu. Ehh? Dalam mengantuk sempat lagi selfie. Hahahahahahaha.

Sekian gaiisss. Bye.

                


Nurul Qurratuaini binti Suliman , 62290 .



No comments:

Post a Comment