Assalamualaikum, saya Mohamad Amir Naim Bin Mohd Noh. Saya berumur 18 tahun dan lagi beberapa saya akan mencapai umur 19 tahun. Saya merupakan pelajar tahun pertama mengambil kursus kaunseling di UNIMAS dan telah mengambail subjek Basic Helping Skills. Sebenarnya,kursus kaunseling bukanlah antara dalam pilihan yang utama ketika mengisi UPU. Semua pilihan utama saya adalah kursus kejuruteraan kerana saya mengambil kursus sains fizikal ketika waktu di asasi UNIMAS dahulu. Kejuruteraan juga merupakan minat saya lebih-lebih lagi dalam bab pengiraan. Sejak kecil, saya adalah satu-satunya ahli keluarga yang 'expert' dalam bab pengiraan. Bapa saya juga telah menghantar saya ke pusat tuisyen kalkulus. Berbalik kepada persekitaran universiti, ketika saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam program kaunseling di UNIMAS, saya berasa agak sedikit kecewa kerana pada mulanya kursus kaunseling bukanlah salah satu pilihan utama saya. Jadi, apabila ditanya oleh bapa saya, saya menjawab dengan berat hati. Ibubapa saya juga menyatakan bahawa program kaunseling adalah tidak selari dengan apa yang saya belajar sewaktu di asasi. Saya pun dengan hati yang reda bersetuju untuk menerima tawaran sambung belajar kursus kaunseling. Semasa hari pendaftaran, saya telah bertanya pendapat daripada semua kawan saya termasuk senior. Senior memberitahu bahawa jika hati saya tidak pada kaunseling, saya harus tukar program yang saya inginkan. Pada masa itu saya amat buntu tetapi saya membuat keputusan untuk mengambil kursus kaunseling dahulu dan jika tidak kena dengan jiwa saya, saya akan tukar program. Dipendekkan cerita, pada suatu malam, saya menghubungi ibu saya. Ibu saya bertanya semula
"Naim nak tukar program ke tak?"
"Tak nak lah, Naim rasa Naim lagi ok ambil kaunseling."
Pada waktu itu, saya telah membuat keputusan untuk mengambil kursus kaunseling di UNIMAS selama 4 tahun. Saya juga telah mula mengenali kaunseling perlahan-lahan dan saya mendapati bahawa kaunseling ada program atau pekerjaan yang berurusan dengan pembangunan manusia. Saya mempunyai skill berkomunikasi yang baik sejak saya mula mengambil kursus kaunseling. Bagi saya, kursus kaunseling bukanlah satu kursus yang mudah kerana saya perlu mempelajari pelbagai kaedah atau skill untuk berurusan dengan manusia tetapi kursus kaunseling dipandang enteng oleh sesetengah pihak.
Mohamad Amir Naim Bin Mohd Noh
63337
Chayokkk3 Naim.. Don't Give up =)
ReplyDelete(Shaza-62497)
Saya pun dulu expect nak apply Psychology. Tapi tak dapat. and then dapat Kaunseling program. bila dapat tahu unimas ada program psikologi dan baru ditubuhkan saya pun macam "ouch" sangat sebab tu la goals saya dari dulu. memang mula2 rasa macam nak tukar kos tapi tulah, dah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Lagipun dah ramai kenal bnyak kawan2 kaunseling, rasa tak sampai hati nak tinggalkan korang..cia...hahahaha...apa boleh buat mungkin ini yang terbaik untuk kita kan..so i wish we all the best of luck..chayoks Naim ;D
ReplyDelete-Khairah 61125-
SAME HERE NAIM. first i wanted psychology and now im here doing counselling. may be that's how it was designed to be. Good luck and let's fight this battle together.
ReplyDeletevenessha sambasivan
62850
Kan Naim? saya pun mulai rasa selesa dengan kos ini!
ReplyDeleteMohd Imanuddin bin Nahar
63383