Ini merupakan minggu ke 9 untuk Sem
1 Kaunseling. Tak sangka yang masa sangat cepat berlalu. Macam baru semalam
masuk kelas Dr. Fa, kenalkan diri masing-masing.
Minggu
ke 9 merupakan minggu yang saya akui minggu yang sangat sibuk. Dengan exam nya
lah, assignment nya lagi , sangat
sibuk. Walaupun begitu kerja tetap kerja. Minggu ke 9 ini merupakan minggu presentation untuk Assignment Kumpulan. Pada awalnya saya sangat terkejut kerana,
habis-habis je cuti, tetiba terus present.
Mujurlah malam sebelumnya saya dan ahli kumpulan lain tetiba rasa nak buat
slide show. Alhamdulillah malam itu juga siap semuanya.
Jadi
pagi ni Dr. Fa ada memberi pesan kepada Jo untuk memastikan semua slide diletakkan terus kedalam komputer di
hadapan kelas. Semua slide kumpulan
lain sudah diletakkan di dalam komputer kecuali kumpulan kami. Kumpulan kami
memiliki sedikit masalah iaitu, komputer tidak dapat membaca slide kami kerana format yang berbeza.
Sejujurnya saya agak cemas dan rasa “down”
kerana menghampakan kumpulan saya, saya dah fikir dah dapat markah teruk kerana
tidak membuat presentation di hadapan
dengan alasan “slide tak dapat bukak”. Mujurlah kami ada “backup
plan” iaitu buka terus melalui pendrive. Dengan adanya "backup plan" saya itu maka selesailah presentation kumpulan saya. Sejujurnya saya amat teruja melihat presentation
daripada kawan-kawan saya yang lain. Ternyata semuanya hebat-hebat belaka,
terutamanya kumpulan Lamin dan Mad. Walaupun mempunyai kelemahan seperti
kekurangan ahli kumpulan, tetapi mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan oleh Dr. Fa kepada mereka dengan jayanya, malah lebih baik daripada
jangkaan. Setelah selesai mereka membuat presentation,
saya mulai sedar yang kekadang saya sendiri khasnya suka untuk mencari alasan
hanya kerana dengan satu masalah. Saya amat bersyukur kerana memiliki ahli
kumpulan yang memahami dan senang untuk di ajak berbincang atau membuat kerja. Dengan adanya kerja assignment sebegini, ia
mampu menguji daya mental kami semua kerana membuat video panjang, video
pendek, laporan dan presentation pada
satu-satu masa bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun begitu, saya sangat
bersetuju bahawa assignment ini dilakukan
kerana banyak faedah yang kami perolehi antaranya menjadi lebih kreatif dan
peka dengan masalah sekeliling. Dengan adanya assignment ini, Basic skills yang di ajar mudah kami
hadam dan membuat kan kami lebih faham penggunaannya.
Mohd Imanuddin bin Nahar
63383
Semoga segala assigment dan kerja dapat dijalankan selancar-lancarnya seperti minyak yang licin dan chayoks!!
ReplyDeleteKHAIRAH ISMAIL (61125)
pengajarannya disini ialah kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan supaya kita tidak gelabah sekiranya ada berlaku apa-apa masalah
ReplyDeleteAmirulamin bin Mat Yunus (63094)