Haii
semuanya sekali lagi. Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya berada
dalam kursus kaunseling di dalam bahasa Melayu, bahasa kebanggaan kita. Setelah
berada lebih dari satu bulan di dalam kursus ini, saya telah memperoleh banyak
pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Selain daripada bertemu dengan rakan
yang baru, saya juga telah mengenali ramai pensyarah yang baik-baik belaka.
Di sini
saya ingin kongsikan pengalaman saya di sepanjang membuat kerja kursus yang diberikan
oleh para pensyarah, baik secara individu mahupun secara berkumpulan.
Pengalaman saya sebelum ini, saya pernah membuat kerja kursus individu di waktu
saat-saat akhir kerana terlupa tarikh penghantarannya akibat terlalu gembira
menikmati cuti pertengahan semester. Namun, saya sangat bersyukur kerana ada
sahabat yang telah mengingatkan saya tentang hal ini meskipun si dia hanya
mengingatkan saya tanpa sengaja melalui status whatsappnya. Tanpa membuang
masa, saya telah pun berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut kerana masa
yang ada tinggal sedikit lagi. Terima kasih kepada sahabat saya, Emma yang
telah memberikan semangat meskipun saya berada dalam keadaan panik pada waktu
itu. Peringatan buat diri saya dan para pembaca, jangan lakukan tugasan yang
diberikan di saat-saat akhir kerana ia boleh memberikan tekanan kepada diri
sendiri.
Saya
juga ingin menceritakan perasaan dan pengalaman saya ketika membuat kerja kursus
secara berkumpulan. Sejujurnya, saya sangat suka bekerjasama dengan setiap ahli
kumpulan saya walaupun terdapat banyak kumpulan yang saya ada kerana subjek
yang di ambil juga tidak kurang banyaknya. Sebelum menikmati cuti semester,
saya dan ahli kumpulan saya, anda tahu siapa anda, telah berusaha menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga lewat malam. Kami sekumpulan
telah bercadang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan hanya dalam masa satu
hari, namun amat mengecewakan kerana tugasan tersebut tidak diterima oleh
pensyarah. Hari berikutnya kami telah membuat perbincangan kembali dan saya
amat berbangga dengan ahli kumpulan saya kerana sanggup berkampung di bawah
blok hanya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga hasil kerja kami
pada kali ini diterima setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan.
Melalui
pengalaman saya dalam membuat kerja kursus di dalam bidang kaunseling, saya
telah banyak mempelajari sesuatu yang baru. Segala pengalaman manis dan pahit
yang telah ditempuhi di dalam kursus ini amatlah saya syukuri dan hargai. Tidak
lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah kaunseling yang
tidak henti-hentinya mencurahkan ilmu, khususnya Dr. Fa yang telah memberi
kesempatan untuk saya menceritakan pengalaman saya di dalam blog ini.
ARUNA RAUNA DUAMIT
60323
nice Aruna. keep calm and love counseling.
ReplyDeleteHi Aruna. It's good to hear that you are enjoying yourself so far. I hope you keep up the good work!
ReplyDeleteFighting Aruna!!!!!!
ReplyDeleteDAYANG NURHANANI BINTI ABANG ZULKIPLI (60621)