Tuesday, 14 November 2017

semua salah?

Assalamualaikum.
pertama sekali, diri ini ingin mengucapkan tersangatlah terima kasih. sebenarnya, tujuan saya menulis blog kalini bukanlah kerana ingin mendapat markah itu sahaja (tetapi tetap berharap, hewww :) ) tapi saya ingin berkongsi sesuatu . bagi saya ianya tidaklah berapa peribadi, tetapi bolehlah jugak. (HAHAHAHA)
    Okay permulaannya, saya seorang yang sangat sangat suka bercakap. saya tidaklah berapa kisah kalau orang tak layan saya bercakap sebab saya pun memang suka cakap sendiri. saya suka mendengar masalah orang tapi saya tak berapa suka nak bercerita masalah saya. saya suka membiarkan masalah tu diam diam je dalam diri ni. HAHAHAHA kadang rasa sesuatu tu makan diri juga. mungkin kerana saya pernah tersalah tempat mengadu hehhhh jadi sekarang saya masih lagi tidak bersedia untuk ceritakan dengan orang lain selain daripada ceritakan kembali dekat diri sendiri melalui cermin :)
    Nak dijadikan cerita, saya mempunyai tiga orang sahabat rapat semenjak saya berada di UNIMAS. wehuuuuu, merekalah yang selalu ada dikala saya kelaparan(selalunyalahhh). disebabkan saya tidak dapat mengikuti mereka pada cuti semester yang lepas kerana saya mempunyai hal lain yang harus diselesaikan, mereka ingin mengajak saya keluar pada suatu malam untuk memeriahkan sambutan hari lahir seseorang. saya menolakkan kerana saya terlalu penat. DAN, saya juga tidak mengucapkan hari lahir kepadanya. sejak dari itu,dia kelihatan tidak mahu melayan saya . mereka seperti memalau saya (HHAHAHAHA takkesah pun) saya bukanlah seseorang yang terlalu ambil kisah terhadap sesuatu benda. tapi yang membuatkan saya marah ialah, mereka sentiasa salah sangka dengan apa yang saya luahkan di media sosial(twitter) walaupun pada ketika itu saya sedang marahkan otak saya yang takreti nak berhenti fikir semua perkara dalam satu masa. bayangkanlah bagaimana saya nak menjalani hidup dengan tenang jika saya berfikir mengenai makanan assignment homesick dan juga bait lagu yang saya sedang dengar sekarang dalam satu masa? Ohhh! geramnya rasa hati ini. bukan setakat tu je, mereka sering menghentam saya di status whatsapp. sebenarnya yang buat saya pelik ni,  saya tidak tahu apa masalahnya. adakah kerana saya tidak mengucapkan sesuatu pada hari lahirnya? ataupun kerana saya asyik menolak perlawaannya? Tapi saya harus memuji diri sendiri kadangkala kerana hati ini terlalu tabah dan sabar melayan kerenah mereka. terima kasih kepada pensyarah yang mengajar saya di UNIMAS iniwalaupun baru beberapa bulan.

p/s: bagi sesiapa yang terfikir seseorang ketika membaca posting saya ni, diharap kamu semua mendiamkan diri ya:) kerana rasanya ni je tempat yang mereka mereka semua tidak tahu.
thankyou! (;



NURAIN NADZIRAH BINTI DULADI
62116

No comments:

Post a Comment