Sambungan gaisssss . Part Two .
Untuk entry kali ni, saya
nak cerita tentang pengalaman semasa membuat kerja kursus individu. Tugasan
yang diberikan amat menarik di mana saya perlu menceritakan tentang diri saya,
tentang tiga perkara yang baik yang dilakukan oleh saya dalam aktiviti seharian
dan reflection dari kebaikan yang telah saya lakukan pada setiap hari. Yang
menariknya, setiap hari saya bertungkus lumus mencari kebaikan yang saya buat
tapi saya still tak nampak ! Hahahaha. Sampai saya perlukan orang lain untuk
melihat, mencari dan menilai kebaikan yang saya buat. Sewaktu membaca tugasan
tersebut, otak saya ligat memikirkan apakah kebaikan yang saya buat dalam
aktiviti seharian. Semasa sebelum melakukan tugas, ianya tampak senang. Setelah mengalaminya, baru lah saya dapat melihat bahawa untuk melihat kebaikan diri sendiri.
And this is how I looks
like when I got and do my assignment :
( Ini hanyalah gurauan
semata-mata dan tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang
telah meninggal dunia )
Melalui tugasan yang
diberikan ini, saya telah berjaya menemui setiap perkara yang dilakukan oleh
kita, kadangkala membawa kebaikan. Contohnya, jika saya senyum kepada orang
sekeliling. Secara tidak langsung saya dapat memberikan satu impak positif
kepada individu tersebut dan juga dapat mengubah persepsi individu tersebut.
Selain itu, saya juga dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam melalui
aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Tidur juga merupakan cara saya menangani stress. Makin lama makin gemuk Nampak gayanya ni. Bukan tu je gais, angan-angan konon nak buat
assignment awal -awal, TAK NAK BUAT KERJA LAST MINUTE. Itu hanyalah dusta
paling besar. Hahahaha. Last-last buat last minit jugak, pastu stress ! Bila
nak insaf ni. Hahaha. Saya juga mempelajari banyak benda daripada assignment
kedua iaitu assignment berkumpulan.First impression masa dengar pasal ni, macam
senang je. Janji ada unsur pertolongan, berlakon sikit, nasihat sikit, settle.
Rupa-rupanya itu semua hanyalah angan-angan. Kami perlu cuba mempraktikkan apa
yang telah dipelajari dalam video yang perlu kami lakonkan. Melaui assignment
ini, saya dapat merasakan betapa susahnya mencuba untuk membantu orang jika kita
tidak mempunyai ilmu dan skill yang betul. Okay, tu je kot. Teruskan melakukan
kebaikan gais !
Sekian, terima kasih .
Bye .
No comments:
Post a Comment