Tuesday, 14 November 2017

Second Post as a Counselling Student

Assalamualaikum, saya Mohamad Amir Naim Bin Mohd Noh (63337). Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan pula tentang impian saya. Sebenarnya saya mempunyai banyak impian dan impian yang saya inginkan ini mahu dicapai dalam masa terdekat ataupun ada sesetengah impian yang boleh dicapai dalam masa yang agak sedikit lama. Impian ini berkait dengan masa depan saya, kesihatan saya dan perhubungan saya dengan orang sekeliling.

    Impian pertama saya ialah untuk menjadi wakil atlet UNIMAS dalam sukan bola tampar. Saya mempunyai minat dalam bermain bola tampar sejak di bangku sekolah lagi kerana sukan bola tampar merupakan sukan yang bekerja dalam kumpulan tetapi pada waktu itu bakat saya dalam bermain bola tampar masih belum menyerlah. Sehingga ketika saya belajar di asasi UNIMAS, ada seorang kawan saya mengajak saya untuk bermain bersamanya pada suatu petang, saya tidak menolak kerana saya pernah bermain pada waktu sekolah lagi. Hari demi hari, saya mula dapat kawan baru kesan daripada bermain bola tampar dan perhubungan kami amatlah rapat sehingga sesuai dipanggil keluarga. Skill saya dalam bermain bola tampar semakin meningkat. Mula-mula saya belajar untuk 'receive ball' kemudian saya mahir 'set ball' akhir sekali saya sudah dapat 'spike ball'. Semua ini adalah hasil saya bermain setiap petang dan kerana itulah saya tidak suka sama sekali jika ada kelas petang ataupun perjumpaan kerja berkumpulan atau apa-apa aktiviti selain bermain pada waktu petang. Saya amat tak suka jika waktu petang saya diganggu.


    Impian kedua saya ialah untuk berkahwin dengan orang yang saya minati sejak dari asasi lagi. Walaupun point yang kedua ni agak menggedik sikit tapi biarlah, saya cuma hendak bercerita. I have a crush on Sarawakian girl, nama dia tak boleh laa bagitahu, malu lah saya nanti. Macam mana saya boleh suka pada dia? Ceritanya agak pelik sedikit. Saya dengan dia pada asalnya tidak mengenali antara satu sama lain walaupun kami belajar di tempat yang sama, asasi UNIMAS kampus Timur. Pada suatu hari, ketika waktu rehat, saya dan kawan saya pergi ke kafe untuk makan tengahari. Ketika saya hendak membayar harga makanan saya kepada mak cik kafe, si dia mula bertanya "awak nak sudu tak?" Saya mula hairan kenapa dia tanya saya sebab saya tak kenal pun dia. Dia mempunyai kulit yang putih,senyumannya menawan hati saya.Hahahaha. Sejak ari hari itu saya mula jatuh hati kepadanya tetapi saya tidak terburu-buru untuk mengenalinya dengan lebih lanjut kerana saya menghormatinya. Saya cuma berhubung dengannya sebulan sekali sahaja ataupu dalam sebulan tu tak pernah langsung. Saya berharap dengan kesabaran yang ada ni saya dapat meluahkan perasaan saya kepadanya suatu hari kelak.



    Impian ketiga saya ialah untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya. Memandangkan minat saya mula beralih kepada bidang kaunseling pada masa sekarang, saya mula ada impian untuk menjadi seorang kaunselor yang berguna kepada masyarakat. Saya mula memahami teori dalam kauseling di mana teori tersebut dapat menjadi 'penunjuk arah' dalam membantu manusia suatu hari nanti. Saya juga sudah mempelajari kelas asas menolong. Dalam kelas ini saya mempelajari teknik-teknik dalam mengendalikan sesi kaunseling bersama klien.


     Saya berharap semua impian saya menjadi kenyataan dengan syarat usaha dan doa. Aminn.

No comments:

Post a Comment