Hai semuanya. Saya nak ceritakan tentang pengalaman saya semasa membuat tugasan kumpulan iaitu membuat video. Sejujurnya saya dan ahli kumpulan membuat kerja itu sgt last minute ya. Itu lah namanya lesson learned! Tetapi Alhamdulillah kami Berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya dan saya sejujurnya sangat berpuas hati dengan hasil yang kami dapat. Kami hanya membuat tugasan video tersebut dalam masa seminggu. dan minggu kami buat tugasan tersebut ialah pada minggu exam ye kawan kawan. sungguh haru waktu itu dan sangat menyesal kerana tidak buat tugasan ini awal-awal. kami hanya shooting 3 hari. pada mula-mula shooting part 'sesi menolong' tu, memang sgt susah. Banyak kali ambil sebab asyik tergelak depan kamera. Pada masa itu juga kami mengejar masa untuk ke kelas dan juga mengejar masa untuk belajar kerana ada exam pada minggu itu. Saya selaku yang mengedit video ini sangat stress dan kami terpaksa merakam bahagian 'sesi menolong' itu dua kali kerana sangat tidak memuaskan pada waktu pertama sebab banyak gelak dan pendek. Alhamdulillah pada kali kedua kami buat dengan bagus kerana sudah mempunyai pengalaman dan bersedia dengan skrip kami. Selesai sahaja shooting, saya terus melakukan bahagian saya iaitu edit video.Saya merupakan watak utama dalam video dan saya juga lah yang edit video itu. Wow saya sangat kagum dengan diri saya hahaha. Saya mula edit video tersebut dua hari sebelum tarikh hantar. Sangat tertekan kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman mengedit video! Semuanya saya belajar sendiri dari youtube. saya edit video mggunakan sony vegas yang saya ambil dari laptop rakan saya. Saya terpaksa bahagikan masa saya iaitu antara belajar dan membuat tugasan. Pada hari jumaat iaitu hari menghantar tugasan tersebut, sejujurnya saya baru selesai mengedit video itu pada waktu tengahari dan sebelum itu mempunyai masalah besar dengan video tersebut dimana video itu hampi siap dan tiba2 bebrapa bahagian dalam video itu tiba2 hilang dan ada yang beralih tempat yang tidak sepatutnya. Saya rasa makin tertekan tetapi masih mampu bersabar dan membuat dengan penuh ketenangan dan akhirnya mampu menyelesaikan dengan jayanya walaupun tidak seperti video pada mulanya. ahli kumpulan saya juga baru sahaja memberikan cd untuk saya meletakkan video tersebut dan juga mendapat satu lagi masalah apabila cd tersebut tidak cukup ruang untuk kami meletakkan video kami ke dalamnya! lagi dua jam lebih sebelum jam 5 pada masa itu jadi dan ahli kumpulan terus ke pavilion untuk membeli cd baru on the spot. dan bertambah malang apabila kedai yang menjual cd tersebut memberitahu kami bahawa cd telah habis dijual. saya pun tak tahu nak rasa sedih ka mcm mna masa itu. sgt speechless. hanya satu jalan penyelesaian pada masa itu iaitu keluar menggunakan Grab untuk mencari cd itu. pada masa itu jam hampir hampir jam 4. kami bergegas ke Jinki depan summer mall dengan membawa laptop didalam beg sebab pada mulanya saya ingin transfer video itu di pavi sahaja. denga selipar ny lagi dan juga laptop di dalam beg kami pun terus menaiki grab. Alhamdulillah jumpa juga cd tersebut. transfer video ke dalam cd tersebut dilakukan di dalam grab hahaha dan kami terus ke fakulti untuk menghantar tugasan tersebut dan akhirnya sempat hantar tepat pada masanya. Itu adalah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan dan sudah insaf untuk melakukan kerja last minute. lesson learned guys!
jadi disini saya ingin kongsikan video kumpulan kami
https://youtu.be/0KEBNWrBQQA
Nurain Norman
63656
Sebagai seorang pelajar , saya memahami persaan tertekan kerana membuat kerja last minute. Oleh itu,saya berharap agak kita akan sama-sama memperbaiki diri dan mempelajari dari kesilapan.
ReplyDeleteNurul amirah binti kaling
63702