Sunday, 12 November 2017

Basic Helping Skills

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.

Saya akan menceritakan pendapat awal saya terhadap subjek 'Basic Helping Skills' dan pengalaman-pengalaman yang berlaku sewaktu kelas ini. Pada mulanya, saya menganggap subjek ini adalah subjek yang senang. Rupa-rupanya, banyak lagi perkara yang saya tidak tahu mengenai subjek ini. Sejujurnya, saya memandang rendang terhadap subjek ini tetapi Dr. Fa telah mengubah pandangan saya terhadap subjek tersebut dengan menyatakan kelebihan-kelebihan dan kegunaan subjek ini pada masa akan datang. Terima kasih Dr. Fa.

Pada hari pertama kelas, saya tidak mengenali semua orang kecuali rakan yang sama sekolah dan segelintir budak asasi, nama mereka pun saya tak pasti. Saya agak gementar untuk berkenalan dengan orang yang baru sebab saya tidak tahu apa pendapat mereka terhadap saya. Apabila Dr. Fa masuk ke kelas, dia memainkan video di Youtube dan kami pun menari. Pada masa itu, saya mendapati rakan-rakan sekelas saya 'supporting' dan perkara itu amatlah diperlukan untuk menceriakan suasana kelas. Saya berasa amat gembira kerana bersama rakan-rakan kelas. Pada mulanya, mereka agak malu-malu kucing gitu, tetapi setelah mengenali mereka dengan lebih lama, mereka  amatlah ramah gan ada yang beperangai gila-gila sikit. Sekarang, subjek ini merupakan subjek kegemaran, terima kasih kepada Dr. Fa dan kawan-kawan yang sentiasa menjadikan kelas ceria. Dr. Fa mempunyai banyak cerita yang boleh dijadikan pengajaran dan memberi inspirasi kepada kami. Walaupun begitu, beliau belum dapat mengingati semua nama kami, jadi teruskan usaha Dr, Dr Fa boleh! Selain itu, saya mendapati rakan-rakan sekelas saya mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing. Setiap pelajar di dalam ke;as Fa adalah unik dan itu membuatkan saya tidak pernah bosan pergi ke kelas. Saya tidak sabar untuk menanti kelas seterusnya dan akiviti-aktiviti yang akan berlaku di dalam kelas.

Sekian

Hurilain Hasya Binti Naser
63247




3 comments:

  1. Hai Hasya :)
    Semoga terus berjaya dalam course ini dan mendapat A dalam subjek Basic Helping Skills ini .

    Fatin Najihah Binti Md Arif 63210

    ReplyDelete
  2. all the best hasya:):)

    Anis Natasha Binti Zulkifli
    60294

    ReplyDelete
  3. Hi Hasya!
    semoga terus cekal menghadapi hari hari mendatang ya :) jangan mudah putus asa. selalulah bersabar dengan kerenah manusia. sayang Hasya!

    NURAIN NADZIRAH BINTI DULADI
    62116

    ReplyDelete