Assalammualaikum,
salam sejahtera kepada semuanya. Saya Dayang Nurhanani Binti Abang Zulkipli
(60621). Saya berasal dari Sarawak dan merupakan pelajar tahun satu dalam
program kaunseling. Pada kesempatan ini, saya ingin menceritakan sedikit
pengalaman saya semasa saya menyiapkan tugasan( assignment) subjek KMC 1083.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi.
Salah satu cabaran yang saya hadapi adalah saya tidak tahu bagaimana ingin
memulakan tugasan tersebut walaupun saya sudah membaca serba sedikit arahan
yang telah diberikan. Hal ini menjadikan sya sedikit risau kerana saya takut
saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Namun,
kerana sikap saya yang selalu ingin tahu tentang sesuatu itu telah membantu
saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hal pertama yang saya lakukan semasa
menyiapkan tugasan ini adalah saya teruskan cuba membuat tugasan ini walaupun
saya tahu ada kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tidak mempedulikan
kesalahan itu kerana saya berfikiran saya boleh memperbaiki kesalahan tersebut
jika saya rajin bertanya.
Usaha
saya dalam menyiapkan tugasan ini tidak sia – sia kerana apa yang saya buat itu
tidak banyak kesalahannya. Saya mula menyedari bahawa saya harus mencuba
sesuatu perkara itu dahulu sebelum saya membuat kesimpulan bahawa sesuatu
perkara itu susah. Hal ini telah memberi pengajaran kepada saya bahawa sesuatu
masalah itu dapat diselesaikan jika kita berani mencuba sesuatu. Selain itu,
dalam penghasilan tugasan ini juga telah menyedarkan saya betapa pentingnya
menyiapkan sesuatu tugasan itu sebelum tarikh akhirnya. Hal ini demikian kerana
pekerjaan di saat- saat akhir tidak akan menndatangkan hasil yang baik.
Saya
sangat bersyukur kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan itu dengan
sempurna tanpa mengambil masa yang lama kerana saya telah membuat tugasan itu
lebih awal daripada tarikh akhirnya. Saya juga sangat gembira apabila saya
telah menghantar tugasan itu dengan selamat dan tepat pada masanya.
Saya
ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana telah memberi peluang yang
amat bermakna ini untuk saya berkongsi pengalaman saya. Saya rasa setakat ini sahajalah yang dapat
saya kongsikan kepada semua. Saya berharap kita dapat bersama – sama menghadapi
segala cabaran yang datang dan berjaya bersama – sama pada masa akan datang.
DAYANG NURHANANI BINTI
ABANG ZULKIPLI (60621)
Kita perlulah sentiasa belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk membuat penambahbaikkan sekiranya ada perkara yang buat yang boleh kita jadikan contoh
ReplyDeleteAmirulamin bin Mat Yunus (63094)
Saya juga begitu haha. tapi Alhamdulillah saya akhirnya faham dan dapat buat tugasan itu dengan baik. betul kata awak, kita mesti rajin bertanya baru lah jumpa jalan penyelesaian.
ReplyDelete-ain(63656)-