Hi assalamualaikum semua!!
Sehat sik? Haha. Okey..Blog kali ini saya akan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa
penghantar dan kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya bersama ahli kumpulan
saya dalam melaksanakan kerja kursus kami yang kedua dalam basic helping skills.
Kerja kursus kali ini sebenarnya agak berbeza dan mencabar namun ianya seronok untuk dilakukan. Dalam projek
tersebut , kami dikehendaki untuk
membuat satu kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli . Kami dikehendaki untuk
membuat video mengenai apa yang kami
telah belajar sepanjang setengah sem ini. Dalam video tersebut kami dikehendaki
untuk melakonkan bagaimana cara untuk mengaplikasikan skill – skill dan teori yang
telah kami pelajari bersama Dr.Fa. Pada awal projek, Kami telah diminta untuk
membentangkan mengenai video yang kami telah lakonkan di dalam kelas.
Sejujurnya, kumpulan saya baru tahu mengenai pembentangan tersebut malam
sebelum hari kejadian. Kami salah faham akan konsep pembentangan yang perlu dilakukan sebenarnya. Kami fikir bahawa pembentangan
tersebut merupakan pembentangan video yang berdurasi 4 ke 5 minit itu sahaja.
Namun saya sendiri baru menyedari bahawa kami juga perlu membuat slide power
point untuk dibentang . Saya baru menyedari bahawa kami memerlukan power point
tersebut pada pukul 1 pagi sebelum membentangnya
pada hari itu juga. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk sukarela membuat slide tersebut . Bukan apa,
saya baru menyedari perkara tersebut pada 1 pagi dan saya yakin bahawa ahli
kumpulan saya semuanya sudah tidur pada waktu itu. Syukur alhamdullilah ,
dengan izin tuhan ,pada malam itu saya tidak berasa mengantok dan idea datang
dengan lancar. Saya mula membuat slide tersebut
pada pukul 1.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 pagi. Ahah.. Mungkin kamu
yang membaca blog tidak akan percaya
bahawa saya membuat slide tersebut
selama 3 jam namun itulah hakikatnya. Saya nekad untuk membuat slide
tersebut cantik dan mudah difahami kerana saya menginginkan yang terbaik buat kumpulan saya. Tambahan lagi,
pembentangan tersebut akan di nilai oleh Dr.Fa sendiri. Pada pagi itu, saya dan
ahli group saya telah melakukan pembentangan dengan baik dan konfiden walaupun
hakikatnya mereka baru melihat slide power point pada pagi itu. Kerjasama
antara ahli kumpulan saya perlu saya
kagumi dan hargai. Bercerita mengenai
pembuatan vidio pula , kami semua berasa seronok ketika melakonkannya
walaupun pada awalnya kami banyak ketawa
dan main-main sewaktu lakonan. Dari situ kami baru menyedari bahawa untuk
menjadi seorang pelakon bukannya kerja yang mudah. Lagi-lagi kerana jalan
cerita sesebuah vidio itu direka. Scene yang saya gemari ialah ketika ragut.
Kami telah mengambil bahagian tersebut
banyak kali kerana ianya fdiisi banyak bahagian dan edegan yang melucukan . Tambahan pula, ketika
kami melakukan lakonan tersebut , ada beberapa orang yang tidak kami kenali
melihat gelagat dan aksi kami dari jauh. Namun itu antara pengalaman yang
ditidak akan saya lupakan..haha..Sejujurnya saya berpuas hati akan hasil vidio kami tersebut. Kepada yang membaca blog ini sila lah tengok vidio kami ya..haha.. sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
. Terima kasih Dr.Fa kerana memberi pelbagai tugasan yang menyeronokan kepada
kami J
.Saya harap pada tahun-tahun yang berikutnya aka nada lagi projek-projek yang
menyeronokan seperti ini. Sekian.
Assalamualaikum...
Nurul Amirah Binti Kaling
63702
all the best mira:))
ReplyDeleteAnis Natasha Binti Zulkifli 60294