Assalamualaikum dan hi!💛
HAHAHAHAH sukanya saya harini! rasa macam nak posting banyak banyak pulak bila dah jumpa emoji ni (heheheheheeee😋) okay, harini saya ingin menceritakan mengenai sesuatu. memanglah tak penting kepada oranglain, tetapi sangat penting pada saya. pada pendapat korang lah kan, dadah ni bahaya tak? seseorang yang menagih dadah ni boleh berhenti daripada ambik dadah tak? entahlah. saya takdapat nak pastikan. sesetengah boleh dan sesetengah macam takmampu je kan? em okay saya nak cerita ni.
Saya ada pengalaman mengenali seseorang yang mengambil ganja. yelah, orang kata ganja ni tak bahaya sebab dia tak buat kita ketagih. yeke? okay. dia ni saya baru je kenal, sebelum saya pergi ke UNIMS. tak sampai setahun pun, tapi banyak mengajar saya mengenai kehidupan luar(biasalah dulu duduk bilik je) kerenah manusia, kehidupan selepas kahwin, alam barzakh ahhhhh semualah. kekadang rasa boleh jadi tok guru saya pun ada(HAHAHAHA😅😅) satu hari tu dia tiba-tiba meluahkan segalanya. mengenai kehidupan masa lalu, keadaan dia sekarang dan apa yang dia sedang hadapi. saya merasa tertarik dengan semua yang diceritakan. sikit pun tak rasa jijik terhadapnya setelah mendapat tahu keseluruhan hidupnya. Mengenai ganja, dia menyatakan dia boleh berhenti, tapi dia taktahu kenapa dia kena berhenti. dia sering berkata kebaikan ganja.
yang membuatkan saya sedikit bengang ialah mengenai ganja. punyalah dia pungpang pungpang dok kata dadah tu helok untuk badan lah, helok untuk itulah inilah, saya pun tanyalah kalau elok kenapa sorok-sorok? kenapa kerajaan haramkan? kenapa tak ajak mak(panggilan ibunya) sekali untuk sembuhkan sakit mak? TINGGGGGGG! tiada jawapan. jadi saya berinisiatif untuk membantunya berhenti daripada mengambil benda tersebut.
Mula-mula nak tolong tu sangat susah. iyalah , saya zero pasal ni. saya takpernah didedahkan mengenai ganja. selalunya dadah jenis lain. seperti tiada jalan cerah untuk saya membantunya sehingga saya mengikuti kelas Basic Helping Skill(BHS). sejak daripada kelas pertama lagi saya berasa sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang skil membantu ni. tak dapat diungkap, saya sangat sangat tidak sabar untuk menunggu pelajaran seterusnya setiap kali habis sesuatu topik. setiap kali habis kelas, saya akan merangka sedikit ayat supaya mudah untuk saya berkomunikasi dengannya pada malam hari(dia kerja petang hehhh). dengan menggunakan pelbagai teori dan skil yang diajar, saya berasa ianya semakin menjadi tetapi saya tak berapa nak yakin. tapi saya tetap ingin terus positif supaya saya dapat terus mencari idea dan cara untuk membantunya berhenti.
p/s: kalian yang membaca entry ini, kalau rasa ada sesuatu yang boleh saya lakukan bolehlah share. thankyou💕
NURAIN NADZIRAH BINTI DULADI
62116
No comments:
Post a Comment