Sunday, 12 November 2017

TERSILAP SANGKA

Hari pertama saya memasuki kelas Basic Helping Skill,saya berfikir 'helping'? Saya mengandaikan kelas itu kena membantu orang dan tanggapan saya itu amat membosankan. Pada saat saya melangkahkan kaki ke muka pintu, saya dapat melihat kejanggalan seperti rusa masuk kampung terpapar pada muka semua pelajar yang ada dalam kelas tersebut. Nak tegur tapi saya bukan lah spesis makhluk yang suka menegur orang dalam masa kurang lima belas minit. Sesampainya pensyarah perempuan yang memasuki kelas tersebut, saya dapat membayangkan seorang pensyarah yang membosankan dan selalu memberikan pelajar pelajarnya tugas yang banyak dan deadline yang singkat. Dan 'tittle' seorang doktor membuatkan saya berprasangka bahawa beliau seorang yang garang dan serius.

Dalam sejam selepas itu, persepsi saya mula berubah. Ini kerana saya dapat melihat daripada karakter beliau yang seorang happy go lucky kerana riak wajah beliau yang suka tersenyum dan berlapang dada.Ini terbukti apabila beliau menceritakan sedikit kisah-kisah beliau semasa beliau masih kecil.Dan saya dapat merasai pengalaman beliau kerana pengalaman belaiu yang seakan serupa dengan saya. Beliau juga suka berkongsi cerita-cerita semasa beliau pernah menjadi kaunselor dan sedikit sebanyak ianya dapat menjadikan sebagai contoh dan pengajaran untuk saya menjadi kaunselor pada masa-masa akan datang. Dan dari situ saya dapat mengenali semua ahli kelas saya secara kasar dengan bertanyakan nama. Dan saat itulah bermulanya ikatan hubungan silaturrahim seasama bangsa dan agama.

Sekian

Muhamad Marsyaidi Bin Murthadha
63407

1 comment:

  1. Kita haruslah bersikap mesra antara satu sama lain terutama dengan rakan sekelas agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan mereka.

    Fatin Najihah Binti Md Arif
    63210

    ReplyDelete