Assalamualaikum dan Hi
Semua...
Pada post kali ini saya
ingin kongsikan pengalaman saya membuat group
assignment. Tugas yang diberikan kepada kumpulan kami adalah kami
dikehendaki untuk membuat video yang mempunyai unsur pertolongan. Pertama
sekali saya sangka buat seperti biasa, yang penting unsur pertolongan tu ada. Tapi
kenyataan itu meleset sebab sekali baca dan juga dengar penjelasan dari Dr. Fa
secara personal baru faham. Iaitu kami kena kaitkan dengan apa yang kami sudah
belajar dalam kelas sebelum ni.
Pada permulaan tu saya
rasa agak susah, tetapi nasib baik ada rakan sekelas saya bantu. Saya ingin
beritahu juga, walaupun kerja itu sangatlah last
minute tetapi atas kerjasama yang baik maka siap jugalah video tersebut.
Nanti jangan lupa tengok tau J.
Okay seterusnya adalah, edit video pula. Ini part yang mana paling susah
sebenarnya. Dahlah kau ni tak pandai nak edit video dan baru masih dalam proses
belajar, kalau salah masukkan part tu, ya ampun kena ulang lagi. Kadang rasa
mau hempap ja laptop ni. Tapi kalau hempap diri sendiri yang rugi. Betoi dak?
memang sukar tapi itulah pengalaman yang saya perlu buat. Walaupun tak pandai
tapi kena pandai untuk siapkan kerja itu.
Dan akhirnya kami berjaya
menyiapkan kerja itu dengan jayanya. Hahahaha. Tidaklah jaya sangat tapi alhamdulillah
siap pada masanya. Banyak benda yang saya belajar daripada buat kerja kumpulan.
Pertama adalah jika ada kerjasama yang baik semua kerja dapat dijalankan dengan
sebaiknya. Kedua, dalam melakukan tugasan ini, kita mestilah berada dalam keadaan
yang tidak stress, jika tidak ia akan menganggu emosi rakan-rakan yang lain dan
proses menyiapkan tugasan menjadi tidak menarik. Macam kami, memang menarik
semua beria sangat mejayakannya. Malahan semua ingin menjadi pelakon tanpa
bayaran. Akhir sekali, kerja last minute. Kalau boleh elakkan. Tapi kalau sudah
terpaksa dihadap apa boleh buat. Rasailah stress kerja last minute. Itu saja
daripada saya sekian terima kasih..
NUREMAH BINTI LIAS
62129
No comments:
Post a Comment