Minat? Dari zaman sekolah sampai sekarang saya masih buntu tentang minat saya. Bak kata orang, belajarlah ikut minat bukan terpaksa. Tapi bagi saya, selepas saya naik ke tingkatan 4, minat itu seolah olah telah pudar atau padam kerana telah merasai betapa susahnya subjek yang dipelajari. Saya tidak lagi tahu apa yang saya ingin jadi apabila selasai belajar nanti. Apa yang saya tahu adalah untuk terus belajar dan banggakan keluarga. 'follow with the flow' sudah pun menjadi prinsip hidup saya. Tetapi tidak lagi sejak saya mendapat program kaunseling iaitu apa yang saya sedang pelajari sekarang. Kaunseling bukanlah apa yang saya impikan dari dahulu malah tidak pernah ada dalam kamus hidup saya sebelum ini. Belum pernah terlintas di benak fikiran saya sama sekali ingin melibatkan diri dalam kaunseling malah membenci unit kaunseling semasa alam sekolah dahulu. Apabila saya mengetahui saya mendapat kaunseling semasa keluarnya keputusan pada hari tersebut, sedihnya saya bukan kepalang. saya juga sangat malu kepada rakan-rakan lain kerana personaliti diri saya yang sangat jauh berbeza dengan bidang yang saya dapat. Tetapi saya tetap kuatkan diri dan mempunyai sifat ingin mencuba dalam diri. Saya lemparkan ke tepi semua pandangan orang lain terhadap bidang yang saya dapat. Tetapi hari ini saya nak ceritakan tentang satu kelas yang betul-betul membuatkan saya rasa bahawa saya telahpun menemui diri saya yang sebenar. Saya rasa seolah-olah saya telah pun menjumpai minat saya. Kelas yang saya ingin ceritakan di sini ialah kelas Dr Fa iaitu Basic Helping Skills. Saya masih ingat lagi pada kelas pertama iaitu kami semua memperkenalkan diri. Seterusnya Dr pula mula mengajar. Setiap kali Dr. menceritakan tentang pengalaman beliau semasa menjadi kaunselor, saya sangat kagum. Bak kata orang putih semua yang diceritakan oleh Dr Fa 'makes sense' dalam kehidupan. Saya seolah olah sedang mempelajari tentang hati dan perasaan manusia. Saya belajar bagaiman untuk memberi respon yang baik kepada orang lain dan juga untuk menjadi seorang yang pandai menjaga peribadi diri sendiri.Itu adalah minat saya. Saya sangat suka mendalami perasaan dan hati budi manusia. Subjek ini juga mengajar saya bahawa berbuat baik kepada orang lain sangat memberi impak dalam diri saya. Semua tugasan yang diberi dalam subjek ini bagi saya sangat berguna terutamanya tugasan individu dimana saya boleh menceritakan tentang semuanya seolah olah melemparkan apa yang saya alami sebelum ini. tugasan itu juga menyuruh saya untuk belajar membuat kebaikan kepada orang lain. saya sangat gembira melihat orang di sekeliling gembira selepas menerima apa apa pertolongan. ianya memberi impak yang besar dalam diri saya. Rasanya sekarang saya sudah menemui 'passion' sebenar dalam diri saya yang selama ini saya tidak pernah sedar. Mendapat program kaunseling ini sangat membuka besar mata saya yang saya tidak nampak dan sedar selama ini.
Nurain Binti Norman
63656
Good job Ain ! Harap-harap kita semua dapat maju jaya dalam bidang kaunseling walaupun ianya bukanlah pilihan utama awak.
ReplyDeleteNurul Qurratuaini binti Suliman , 62290