Sunday, 12 November 2017

TIKAM BELAKANG!!




Sedikit throwback tak salah rasanya kan? Pada 19 September 2017 saya telah melangkahkan kaki ke kelas Basic Helping Skills yang diletakkan pada hari Selasa Jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Saya masih ingat lagi muka awkward masing-masing ketika berada di dalam kelas Dr. Fa. Mestilah awkward, dahlah tak kenal masing-masing, lepastu diletakkan pula dalam kelas yang kecil. Masuk-masuk je Dr. Fa dalam kelas, dia terus menyuruh kami untuk buat bulatan ( walaupun sebenarnya bentuk c ) . Kira mengalihkan tempat duduk kami lah. Jadi selepas itu, Dr. Fa suruh kami tulis nama masing-masing di atas kertas untuk memudahkan kami memanggil diri masing-masing. Selepas itu, mulalah sesi Ice Breaking sedikit dimana kami di minta untuk mengenalkan diri masing-masing. Tak kenal maka tak cinta kan? Selepas itu Dr. Fa pun mulakan sesi pembelajaran dengan membentangakan modul pembelajaran. ( Gamba ni di ambil semasa Dr.Fa memberitahu tentang assignment Blog dan terus saya ambil gamba untuk diletakkan di blog ni ) . Sejujurnya kan, dari awal sampai habis saya tengok je muka Dr.Fa. Tak pernah pun Dr. Fa tak senyum. Bukan saya tak selesa, malah saya rasa lebih dihargai bila ada dalam kelas dia. Saya rasa bila berada dalam kelas dia, saya lebih diterima ( Gitu ). Tak hairanlah saya anggap Dr kadang-kadang macam mak saya sendiri.


Hari pertama kelas kami ini juga di dedahkan dengan Basic Helping Skill yang perlu kami kuasai untuk menjadi seorang kaunselor dan helper yang Berjaya. Banyak juga lah basic yang di ajar sampai saya pun keliru ni basic ke apa? Tapi banyak-banyak tu pun sebenarnya tak susah untuk ingat cuma susah untuk di praktik dan kekadang tercari-cari pula masa, bila nak pakai skills yang di ajar, betul atau salah, semua tu lah. Perkara yang seronok juga semasa kelas pertama ini adalah saya dapat jumpa banyak kawan daripada semua negeri ( lagi-lagi pelajar Sabah kelas kami, semua lucu hahahaha ). Jadi sejujurnya saya tidak menyesal sama sekali memilih kelas Dr. Fa ini. Rakan-rakan lain yang membaca ini pula bagaimana? Apa pengalaman menarik semasa kelas pertama ini?





Mohd Imanuddin bin Nahar
63383






5 comments:

  1. apa yang tikam belakang tu udun?? ohh ni la kerja awk yer kat belakang main phone..siap ambik gambar lagi...hahahahaha..jangan amalkan main phone ye dalam kelas..fokuss

    -KHAIRAH-61125

    ReplyDelete
  2. Wow udun. Pengalaman pertama yang saya tidak dapat lupakan iaitu semasa sesi perkenalan dimana Dr suruh nyatakan tentang kita punya speciality. mmg buntu sgt masa itu sbb tak tau kan apa yg special sgt dlm diri ni. tp tak sangka apa yg saya ceritakan mendapat sedikit sambutan juga haha
    -Ain(63656)-

    ReplyDelete
  3. saya juga seperti ain. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu apa kelebihan yang saya . Sejujurnya saya main sebut sahaja apa yang ada difikiran pada waktu itu. haha..

    Nurul Amirah Binti Kaling
    63702

    ReplyDelete
  4. Wah Udun..Pengalaman masuk kelas buat kali pertama memang tak dapat nak diungkap la..Nak-nak lagi kena masuk kelas jumpa dengan member yang muka baru-baru gitu,,Yela kan tak kenal maka tak cinta ,Apa-apa pun kelas Dr Fa meme best awsome

    Hanisah Bt Dahari,60890

    ReplyDelete
  5. Serious talk kelas pertama semua dapat benda baru kan, and first impression yg baik

    Muhammad Zhafri Bin Mohamad Hisham, 63485

    ReplyDelete