Sunday, 12 November 2017

Pengalaman ketika kelas BHS yang pertama.

Salam dan hai semua!
Saya nak kongsikan tentang pengalaman berada di kelas Dr. Fa buat pertama kali. Pada awalnya, semua orang kelihatan sangat kekok sebab pada masa itu baru sahaja 2 minggu kami masuk ke UNIMAS. Kemudian seperti biasa saya duduk bersebelahan dengan Mad (Marsyaidi) di kelas, kami pun mula berkenalan dengan rakan sekelas yang lain antara rakan sekelas yang saya sempat berkenalan ialah udun (Imannudin) dan Nadz kerana mereka duduk sebelah kami. Kemudian Dr. Fa pun masuk ke kelas dan menyuruh kami mengubah kedudukan kerusi dan duduk secara mengeliling Dr. Fa. Kami pun ikut sahaja kemudian Dr Fa suruh kami krluarkan sehelai kertas kemudian tulis nama sendiri besar-besar. Rupanya-rupanya Dr. Fa selalu mengalami kesukaran untuk mengingati nama pelajar. Kemudian kami memperkenalkan diri masing-masing dan daripada situ saya mengenali nama rakan-rakan yang lain. Perkara yang paling saya suka tentang kelas pertama BHS ini ialah ketika kami perlu menyatakan kelebihan dan kelemahan kami. Saya mendapati ada daripada kami malu-malu sewaktu hendak menyatakan kelebihan masing-masing. Kesimpulannya, beberapa pengajaran yang saya dapat ialah kita mestilah percaya dengan diri dan kelebihan masing-masing agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri.

Amirulamin Bin Mat Yunus
63094

No comments:

Post a Comment