Sunday, 12 November 2017

SESAT

Semasa hari orientasi, para pelajar dikehendaki mendaftar bagi subjek untuk semester ini. Namun saya kurang peka ketika itu kerana semasa orientasi saya lebih banyak main telefon pintar dan banyak tidur ketika di Detar. Jadi banyak subjek yang saya tak daftar awal-awal disebabkan telah penuh dan bertembung antara kelas subjek lain. Saya dapat tahu hal ini pun berikutan kawan saya mengingati subjek semester ini. Dia juga sentiasa mengingatkan saya jika lambat mendaftar atau tidak boleh mendaftar subjek , saya seharusnya menemui penyelaras kaunseling jika lambat setiap subjek yang didaftar akan dikenakan caj. Oleh itu, saya telah berjumpa Dr Mazlina untuk menyelesaikan masalah ini.

Setelah selesai masalah ini, subjek Basic Helping Skills pada setiap hari Selasa jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Pada hari pertama saya memasuki kelas Basic Helping Skills, saya sesat dan masa itu saya tidak kenal sangat kawan-kawan dari kursus kaunseling. Semasa tiba di fakulti saya bertanya beberapa orang di mana kelas  TR 3. Mereka menunjukkan saya kelas tersebut dan alhamdulillah saya menemui jalan yang benar dan lurus ke kelas. Dalam jadual saya , saya sepatutnya memasuki kelas Dr. Salmah untuk subjek Basic Helping Skills ini , tetapi saya telah tertukar dengan seorang pelajar tetapi saya okay je asalkan saya belajar. Itulah pengalaman saya semasa hari pertama untuk subjek Basic Helping Skills.

Sekian, terima kasih membaca.

Fatin Najihah Binti Md Arif 
63210

1 comment:

  1. Semoga lebih peka mengenai informasi penting yang dikeluarkan oleh pihak UNIMAS untuk keselesaan dan kesenangan hidup anda.

    MUHAMAD MARSYAIDI BIN MURTHADHA
    63407

    ReplyDelete