Hari Pertama Masuk Kuliah(Basic Helping Skills)
Pada hari pertama aku masuk ke kelas Basic Helping Skill pada pagi hari Selasa,aku berasa sedikit gemuruh kerana merupakan permulaan hidupku sebagai mahasiswi serta mendapat kenalan baru.Kelas pada hari tersebut pada pukul 9 pagi dan akibat daripada perasaan gemuruh tersebut aku bersiap-siap 30 minit awal ke kelas.Pengalaman aku turun ke kelas pertama pada hari kedua adalah sungguh mencabar kerana aku sedar pada saat dan detik itu telah melangkah ke alam baru yakni alam universiti dan semua sedia maklum bahawa kehidupan di universiti memang mencabar.Sesampai sahaja aku di dalam kelas iaitu di bilik tutorial satu,ada tiga orang yang sudah siap sedia duduk di dalam bilik tersebut.Langkah kaki ku semakin berat untuk masuk ke dalam bilik tersebut.Aku menoleh kiri dan kanan melihat sekeliling.Tanpa segan silu,aku menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bilik tutorial tersebut dan akhirnya aku berasa sedikit lega daripada perasaan gemuruh tersebut.Hampir dua minit aku berdiri di luar kerana mengambil masa untuk menenangkan diri.
Langkah kaki kananku disambut riang oleh tiga orang insan yang ada di dalam bilik tersebut.Aku semakin yakin untuk bangkit seolah-olah bunga layu yang disiram dengan air.Apa yang lucunya,sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tersebut saya sempat lagi keliru samada pintu bilik tersebut perlu ditarik atau ditolak.Hahaha.Aku masuk dan mengambil tempat.Aku sampai ke kelas pada hari berkenaan 8.32 pagi dan suasana kelas memang seperti suasana dikubur. Masuk dan duduk sahaja aku di dalam bilik tutorial tersebut aku tiba-tiba berasa rindu akan suasana sekolah lama iaitu Matrikulasi Sarawak.Aku juga berasa rindu akan senda gurau rakan dahulu akibat daripada suasana yang agak suram pada waktu itu.Jam menghampiri 9 pagi.Semakin banyak yang datang ke kelas tersebut.Aku tidak menoleh ke arah sesiapapun kerana agak segan terhadap mereka lagi-lagi yang tidak pernah berjumpa.Tiba-tiba pensyarah masuk dan aku bersiap-siap untuk memulakan pembelajaran hari tersebut.Pensyarah tersebut memperkenalkan diri dan dia lebih riang dipanggil Dr Far.Dr.Far memberi arahan untuk membuat bulatan kerana dia lebih selesa mengajar dalam suasana dan susunan sebegitu.Aku masih tidak melihat sesiapa kerana aku kekok untuk berhadap dengan orang yang tidak dikenali.
Aku menangis dalam hati kerana ingin pulang ke rumah kerana perasaan yang amat malu berhadap dengan kenalan baru.Pada hari tersebut aku berfikir perlu bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk melanjutkan pelajaran lagi-lagi di peringkat yang lebih tinggi tetapi masih ada lagi yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar sana.Berbohonglah sekiranya aku tidak rindu terhadap ibu bapa dan aku berjanji kepada diriku untuk belajar bersungguh-sungguh lebih aku anak harapan yang jauh di mata buat orang tuaku.Itulah kisah aku sebagai pelajar di Unimas sebagai pelajar tahun satu.
Hanisah Bt Dahari 60890
No comments:
Post a Comment